Profil Syarikat

XForex merupakan sebuah syarikat inovatif antarabangsa yang ditubuhkan oleh pakar-pakar kewangan dan ejen Forex.

XForex membangunkan platform perdagangan web yang unik untuk dagangan mata wang asing. Dalam tempoh dua tahun, syarikat ini telah diperkembangkan untuk menjaga pangkalan pelanggan kami yang meningkat dengan pantas. Hari ini, XForex berkhidmat di 140 negara berbeza, mempunyai ratusan kakitangan. Kami mempunyai pejabat di kebanyakan pusat kewangan utama di seluruh dunia.

Platform dalam talian kami telah dibangunkan oleh para pedagang yang memahami keperluan pedagang berjaya. Pelanggan kami berasa selesa dengan kombinasi menarik kami: profesionalisme kewangan tanpa kompromi dan fleksibiliti dan kelajuan dagangan dalam talian. XForex secara konsisten menyediakan kemas kini berita kewangan dan sokongan 24-jam untuk membantu anda dalam pengalaman dagangan anda.

Oleh kerana pendapatan XForex dijana sepenuhnya daripada perbezaan antara harga tawaran dan harga permintaan, adalah menjadi kepentingan utama kami untuk memastikan kejayaan dagangan anda - oleh itu, kami menyediakan alat untuk membantu anda.

Di XForex, kami sentiasa bersedia untuk membantu dan membimbing anda. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai XForex, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di sini, 24 jam sehari, 5.5 hari seminggu.