Pengesahan Akaun

Jika anda memilih untuk mengimbas dokumen-dokumen anda, kami amat mengesyorkan anda supaya menggunakan tetapan berikut: 200 dpi, peringkat kelabu (bukan warna), format fail mestilah JPEG, resolusi diset kepada 24 bits.
Dokumen juga boleh difotokan dengan telefon dan dihantar melalui e-mel.
Sila ambil perhatian bahawa e-mel yang masuk adalah terhad kepada 10 MB.
Semua e-mel mestilah dihantar kepada cs@xforex.com

Sila berikan yang berikut:

ID

ID bergambar yang dikeluarkan oleh kerajaan

ID mestilah memaparkan nama dan tarikh lahir anda dengan jelas. Ia juga harus mempunyai tarikh luput yang sah. Pasport dan lesen memandu adalah yang paling sesuai. Nama mestilah sepadan dengan nama yang anda berikan semasa permohonan anda.
Alamat

Bukti alamat

Alamat mestilah sepadan dengan alamat yang anda berikan semasa permohonan anda. Ini boleh dalam bentuk bil utiliti (elektrik, telefon, air), penyata bank, perjanjian pajakan atau gadai janji. Sila ambil perhatian bahawa bil yang diperolehi sebelum 3 bulan yang lalu tidak boleh diterima. Pastikan bahawa nama anda tertera pada bil, beserta dengan alamat dan nama syarikat yang mengeluarkan bil tersebut. Semuanya mestilah boleh dilihat dengan jelas.