Dasar Halang Rugi

Ambil Untung

Ambil Untung digunakan untuk menetapkan keluar daripada posisi terbuka apabila kadar mata wang bergerak dalam arah yang menguntungkan. Jika anda yakin bahawa harga pasangan mata wang akan naik atau jatuh ke tahap tertentu tetapi tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu, dengan letakkan Perintah Ambil Untung akan menutup dagangan anda apabila mata wang mencapai kedudukan tersebut.

Contoh:

Jika anda membeli EUR pada 1.3300 dan anda menjangkakan harga akan naik, anda boleh menetapkan perintah ambil untung untuk jual di 1.3350. Apabila pasaran mencapai 1.3350, Perintah Ambil Untung anda dilaksanakan dan posisi ditutup.

Perintah Halang Rugi

Perintah Halang Rugi membolehkan para pedagang menetapkan titik keluar bagi dagangan yang rugi apabila mereka menentukan risiko mereka dan mengimbangi dagangan mereka sewajarnya. Ini menambahkan tahap perlindungan bagi pedagang, menjamin bahawa mereka tidak akan kehilangan lebih daripada apa yang mereka mampu untuk tangani jika kedudukan pasaran menurun. *

Contoh:

Jika anda membeli EUR pada 1.3300 dan anda menjangkakan harga akan jatuh, anda boleh menetapkan perintah Halang Rugi untuk jual pada 1.3250. Apabila pasaran mencecah 1.3250, Perintah Halang Rugi akan dilaksanakan dan posisi ditutup.

Pesanan Had

Pesanan Had digunakan untuk membuka posisi (atau pendedahan) dengan suatu perintah untuk membeli atau menjual simbol pada kadar yang ditentukan terlebih dahulu. Pesanan had bermakna bahawa seorang pedagang mahu membeli atau menjual pada harga yang lebih baik daripada kadar pasaran.

Contoh:

Kadar EUR/USD ialah 1.33. Jika pedagang mahu membeli EUR/USD apabila harga adalah lebih menggalakkan untuk membeli, mereka boleh meletakkan had untuk membeli EUR/USD pada 1.32.

Pesanan Had Henti digunakan untuk membuka posisi (atau pendedahan) dengan perintah untuk membeli atau menjual simbol pada kadar yang telah ditentukan terlebih dahulu. Pesanan had henti bermakna pedagang mahu membeli atau menjual pada harga yang lebih rendah daripada kadar pasaran.

Contoh:

Kadar EUR/USD ialah 1.33. Jika pedagang mahu membeli EUR/USD apabila harga adalah kurang menggalakkan untuk membeli, mereka boleh meletakkan had untuk membeli EUR/USD pada 1.34.

Pesanan Jika Berlaku

Pesanan Jika Berlaku digunakan untuk membuka Pesanan Had atau Pesanan Henti jika pasaran mencecah posisi tertentu dan belian atau jualan khusus dilakukan. Jika itu berlaku, pesanan Jika Berlaku menetapkan had masa hadapan bagi kadar mata wang pilihan anda.

Contoh:

Kadar pasaran ialah 1.3300. Pesanan Had dilakukan untuk membeli jika pasaran mencecah 1.3200. Pesanan Jika Berlaku boleh ditetapkan untuk meletakkan perintah Halang Rugi pada 1.3100 dan perintah Ambil Untung pada 1.3300 jika pembelian Euro dilakukan pada 1.3200.

*Sekiranya berlaku ketaktentuan yang keterlaluan, perintah Halang Rugi akan dilaksanakan pada kadar yang terbaik untuk pedagang yang melepasi Had Halang Rugi. Ini boleh berlaku semasa waktu pasaran, atau dalam tempoh masa apabila pasaran ditutup untuk komoditi atau mata wang tersebut. Dalam situasi ini, perintah tersebut akan dilaksanakan pada kadar pasaran terdekat yang mungkin semasa pelaksanaan. Pesanan/had tidak menjanjikan bahawa perintah akan disempurnakan pada kadar tersebut.