Parameter Dagangan

Perubahan dalam Perdagangan

Dalam misi berterusannya untuk mempertingkatkan pengalaman perdagnagan anda, XForex baru-baru ini telah meluaskan usaha perdagangannya dengan menambah perdagangan Komoditi dan Indeks melalui CFD dan kini perdagangan Syer dan Bitcoin. Keadaan perdagangan kami telah berubah mengikut ciri leveraj dan margin yang kini tersedia mengikut instrumen. Ini memberikan kelebihan kepada pengalaman perdagangan anda kerana:
  • Instrumen Baharu
    Anda kini boleh berdagang dengan Instrumen baharu dengan akses kepada pasaran Syer, pasaran masa hadapan dan bahkan pasaran maya.
  • Perlindungan
    Perlindungan akaun anda telah meningkat, kerana sistem baharu yang memantau faktor risiko anda bagi setiap instrumen, dengan itu membantu mengelakkan akaun anda daripada dikalibrasi.
  • Pengurusan risiko yang lebih baik:
    Dengan pengiraan Margin, dan Margin Penyelenggaraan bagi setiap instrumen dengan parameter tertentu bagi setiap instrumen – pengiraan risiko adalah mengikut setiap posisi yang meningkat dengan tepat dan melindungi anda bagi setiap perdagangan instrumen anda serta seluruh akaun anda.
Leveraj

Leveraj membolehkan anda untuk berdagang dengan jumlah yang jauh lebih tinggi daripada amaun pelaburan asal anda, yang meningkatkan potensi pulangan pelaburan anda. Walaupun kebolehan untuk mendapatkan keuntungan besar dengan menggunakan leveraj penting, leveraj juga boleh menyebabkan sebaliknya jika pasaran berada bertentangan dagangan anda. Pedagang biasanya menggunakan Berhenti Kerugian & Ambil Keuntungan untuk mengelakkan senario ini. Setakat ini, leveraj yang ditawarkan telah diperuntukkan kepada keseluruhan ekuiti anda.

Contoh

Amaun deposit anda: $1,000
Ekuiti: $1,000
Leveraj yang ditawarkan: 1:400
Amaun Leveraj anda ialah: 1,000 x 400 = $400,000

Leveraj setiap Instrumen

Leveraj dalam pasaran syer cenderung jauh lebih rendah daripada pasaran forex. Oleh itu, apabila kita memasuki pasaran ini, leveraj akan ditawarkan mengikut instrumen. Ini bermakna setiap kedudukan akan dileveraj mengikut leveraj yang diperuntukkan kepada instrumen khusus di mana anda memilih untuk membuka kedudukan.

Baki Tersedia

Mempunyai leveraj bagi setiap instrumen juga membolehkan anda untuk memantau dengan rapi nilai sebenar dagangan anda. Setiap kami anda membuka kedudukan, nilai sebenar pelaburan anda dalam kedudukan ini [jumlah bukan leveraj mengikut leveraj bagi setiap instrumen] ditolak daripada Baki Tersedia anda. Ini bermakna anda kini boleh melihat Baki Tersedia ekuiti anda dalam masa sebenar dan dalam nilai bukan leveraj (tersedia untuk perdagangan).

Ekuiti - Margin yang digunakan

Contoh

Amaun deposit anda: $1,000
Leveraj untuk Twitter: 1:20
Anda membuka posisi Twitter untuk: $5,000
Baki Anda yang Tersedia: $1000 – [$5,000: 20] = $750

Margin

Parameter margin menunjukkan kepada anda nisbah antara ekuiti anda dan pendedahan bersih anda (hasil tambah semua posisi terbuka yang ditukarkan kepada mata wang asas akaun). Setelah margin anda melebihi had yang dibenarkan, akaun anda berada dalam risiko kalibrasi dan SEMUA kedudukan anda atau sebahagian daripada dagangan anda ditutup secara automatik. Atas sebab ini, margin anda diselia dalam masa sebenar.

Equity 
--------------------x 100
Exposure 

Example

Your deposit amount: $1,000
Anda membuka posisi Twitter untuk: $5,000
Ekuiti: $1,000
Baki Anda yang Tersedia: $750
Pendedahan Bersih: $5,000
Margin: (1000: 5,000) x 100 = 20%

Margin setiap Instrumen

Apabila kita memasuki pasaran syer dengan leveraj bagi setiap instrumen, margin yang dikenakan juga ditawarkan bagi setiap instrumen. Setiap instrumen akan menerima had marginnya sendiri mengikut faktor risiko yang diwakilinya dan mengikut leveraj yang digunakan. Ini tambahan kepada keseluruhan margin akaun [dinyatakan di atas] yang akan terus beroperasi sebagai petunjuk untuk status akaun anda. Untuk membantu mengawasi Margin bagi setiap instrumen anda, satu sistem pengawasan telah ditempatkan untuk mengawasi Margin bagi setiap instrumen anda; Penyelenggaraan Sistem Margin.

Contoh

Google Margin: 0.3%
Harga Sesaham: $1,228
Posisi terbuka: 10 Google Syer
Margin Penyelenggaraan: 0.3% x 1,228 x 10 [Margin x Pendedahan] = $36.8

Sistem Margin Penyelenggaraan

Margin Penyelenggaraan ialah sistem automatik yang ditetapkan untuk melindungi pelaburan akaun anda dan mengelakkan seluruh akaun anda daripada dikalibrasi dengan mengekalkan tahap margin anda bagi setiap instrumen. Penyelenggaraan Margin akan memaparkan jumlah relatif bagi semua margin dan dikira setiap kali kedudukan dibuka. Dengan memerhatikan nilai ekuiti dan Penyelenggaraan Margin anda boleh mengawasi jarak anda daripada status panggilan margin.

Contoh

Pertama sekali anda membuka Google posisi - M. M (Margin Penyelenggaraan) anda adalah $36.8.
Kemudian anda membuka posisi kedua untuk Twitter - M. Margin (Margin Penyelenggaraan) Twitter anda ialah $123.4, tetapi tidak akan dipaparkan.
Paparan ialah jumlah relatif.

Margin Penyelenggaraan:        $160.2 = [123.4 +36.8]

Pengiraan Marginl

Sebaik sahaja hasil tambah posisi daripada instrumen tertentu, dalam arah pasaran tertentu, mencapai margin risiko untuk instrumen tersebut, posisi daripada instrumen itu akan mula ditutup secara automatik sehingga margin yang mencukupi dipulihkan. Kedudukan akan mula ditutup sehingga margin yang mencukupi untuk instrumen tersebut dicapai; oleh itu tingkatkan perlindungan kedudukan lain serta akaun bagi keseluruhan margin. Tindakan menutup kedudukan bagi setiap instrumen dipanggil Panggilan Margin.

Contoh

Margin Penyelenggaraan:        $160.2 = [123.4 +36.8]
Jika ekuiti anda adalah kurang daripada $160.2, maka sama ada Google or Twitter posisisi anda akan ditutup (posisi dengan kerugian yang terbesar akan ditutup).

Ekuiti

Amaun sebenar semasa dalam akaun, dikira menggunakan formula ini: (Deposit Akaun Keseluruhan) tolak (Ambilan Akaun Keseluruhan) tambah (Keuntungan dan Kerugian Ditutup) tambah (Keuntungan dan Kerugian Dibuka) ditambah Bonus, ditukar kepada Mata Wang Asas Akaun.

Deposit – Pengeluaran + P&L (Untung&Rugi) Tertutup + P&L (Untung&Rugi) Terbuka + Bonus

P&L Terbuka

P & L Terbuka: Keuntungan dan Kerugian Keseluruhan semua kedudukan terbuka (Ditambah Caj Faedah) ditukar kepada Mata Wang Asas Akaun.

Pendedahan Bersih

Pendedahan Bersih: Jumlah semua kedudukan dibuka ditukar kepada Mata Wang Asas Akaun.

Bonus Tertunda

Bonus Tertunda: Memaparkan amaun Bonus yang akan dipindahkan ke dalam Ekuiti, selagi anda melebihi "XPoints untuk Dicapai" dalam tempoh yang telah ditetapkan.

XPoints untuk Dicapai

XPoints untuk Dicapai: Menyediakan XPoints yang anda perlu capai dalam tempoh yang ditetapkan untuk mempunyai Bonus tertunda dipindahkan ke dalam Ekuiti.

Kod Bonus

Kod Bonus: Kod Bonus menambah pelbagai bonus tunai ke akaun pemain, bergantung ada jenis kod. Untuk menebus Bonus, pedagang mesti gunakan Kod Bonus sepadan apabila membuat deposit. Untuk mengakses halaman Deposit, log masuk platform WebTrader dan klik Tab Deposit. Pada halaman Deposit, taip Kod Bonus sah dalam medan 'Kod Bonus'. Jika anda tidak mempunyai Kod Bonus sah, medan ini akan kekal kosong.