Proses Pengeluaran

Untuk pengeluaran, klik pada tab ‘pengeluaran’ di bahagian atas halaman setelah anda log masuk, kemudian klik pada ‘permohonan pengeluaran’. Isikan butiran secara lengkap, dengan memberikan semua butiran peribadi dan bank yang diminta. Klik pada pasti dan cetak borang. Tandatangan borang tersebut dengan pen dan hantar kepada withdrawals@xforex.com, supaya kami boleh memproses permohonan anda.

Sila isi keseluruhan borang dengan menggunakan nombor dan huruf sahaja. Jangan gunakan simbol atau tanda mata wang. Untuk nombor, gunakan nombor bulat sahaja, tanpa simbol.

Sekiranya bank anda tidak menggunakan sistem kod swift/IBAN, anda boleh mengisi medan ini dengan menyalin semula nombor cawangan (hanya jika bank anda tidak mempunyai kod swift, tetapi kebanyakan bank memilikinya). Kami mengesyorkan anda supaya menghubungi bank anda untuk butiran ini.

Sila ambil perhatian bahawa pengeluaran hanya boleh dilakukan sekiranya dokumen anda diluluskan. Sekiranya masih ada dokumen tertangguh yang masih belum anda serahkan kepada kami, pengeluaran tidak dapat dilakukan.

Pengeluaran anda diproses sama seperti kaedah deposit dilakukan. Jika anda memasukkan deposit melalui kad kredit, amaun yang mula-mula dideposit akan dikembalikan kepada kad kredit tersebut. Semua pendapatan yang lain akan dikembalikan menerusi pindahan bank. Jika deposit dilakukan melalui pindahan bank, semua pengeluaran pendapatan akan dihantar menerusi pindahan bank.

Disebabkan oleh peraturan Anti-Pengubahan Wang Haram, semua pengeluaran mestilah diproses melalui kad kredit dan akaun bank yang mempunyai akaun dengan nama sah yang sama seperti akaun dagangan anda.

Bagaimana saya boleh membuat pengeluaran menggunakan kad kredit?
Apabila membuat pengeluaran menerusi kad kredit, anda perlu memastikan yang berikut:

  • Kad kredit yang anda gunakan untuk pengeluaran adalah kad kredit yang sama semasa anda melakukan deposit.
  • Amaun yang anda keluarkan adalah kurang atau sama dengan amaun yang anda deposit. Sebarang amaun berlebihan, ia adalah keuntungan yang perlu dikeluarkan melalui pindahan bank.
  • Anda telah menghantar semua dokumen yang diperlukan termasuklah dokumen tambahan dan kesemua dokumen ini telah diluluskan.

Bagaimana saya boleh membuat pengeluaran melalui pindahan bank?
Untuk membuat pengeluaran melalui pindahan bank, hanya log masuk ke akaun dagangan anda dan klik pada tab Permohonan Pengeluaran yang terletak pada bar alat atas di platform anda dan ikuti arahan. Setelah anda mengisi butiran yang diminta, anda haruslah menandatangani dan menghantarnya semula kepada kami sepertimana yang diarahkan di tetingkap pop-naik. Untuk menyemak status pengeluaran anda, klik pada tab ‘pengeluaran’ di bahagian atas halaman. Kemudian, klik pada ‘status pengeluaran’.

Para operator sentiasa bersedia 24 jam sehari semasa sesi dagangan, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan status pengeluaran anda.

Kenapa pengeluaran saya yang belum selesai ditolak?
Terdapat banyak sebab mengapa borang pengeluaran anda ditolak:

  • Ia mungkin kerana dokumen anda belum diluluskan lagi dan kami masih menunggu dokumen yang tertunggak. Oleh itu, sila pastikan anda telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada kami. Senarai dokumen-dokumen ini boleh diperolehi di Halaman pengesahan.
  • Ia mungkin kerana borang yang anda hantar tidak ditandatangani. Sila tandatangan borang dengan pen kerana tandatangan maya tidak diterima.
  • Ia mungkin kerana anda tidak menghantar borang asal atau borang yang lengkap. Sila pastikan anda menghantar borang yang lengkap kepada kami dan bukan sebahagian daripadanya. Kami memerlukan borang asal yang lengkap dan menunjukkan logo syarikat kami.
  • Ia mungkin kerana anda telah menghantar borang bertarikh lama kepada kami. Pastikan bahawa tarikh pada borang pengeluaran anda adalah sama dengan tarikh anda membuat permohonan.

Sila pastikan semua butiran yang anda isi dalam borang adalah betul kerana kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan anda.

Anda boleh menghubungi operator kami 24 jam sehari, 5.5 hari seminggu untuk menyemak status pengesahan akaun anda.